Sebuah anak syarikat konglomerat pembinaan dari China kena denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah guna air terawat milik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) secara haram di tapak projek kondo mewah di Kota Bharu, lapor Berita Harian.
Kejadian berlaku pada 11 September 2019 di Seksyen 12, Kota Bharu.
Kondo Mewah Kota Bharu: Apa yang berlaku?
Difahamkan pihak syarikat buat sambungan haram terus ke paip utama tanpa minta izin dari AKSB.
Bila kantoi, rupa-rupanya air tu digunakan untuk kerja-kerja pembinaan besar-besaran.
Projek tu bernilai RM89 juta dan syarikat itu jadi kontraktor utama sejak Mac 2017 lagi.
Sebelum prosiding mahkamah bermula, syarikat dah bayar pampasan sebanyak RM42,690 kepada AKSB.
Tapi mahkamah tetap kenakan denda RM50,000 sebab kesalahan ini dikira serius — bukan setakat rugikan syarikat air, tapi bahayakan keselamatan sistem bekalan air kita semua.
Hakim Zulkifli Abdullah jatuhkan hukuman tu lepas wakil syarikat, Yang Chuangang, 51, mengaku bersalah dan minta maaf melalui jurubahasa mahkamah.
Dia berjanji syarikat takkan ulang kesilapan yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suhairy Zakaria dan pegawai pendakwa Thilaga Shanmugam.
Menariknya, syarikat ini tak ada peguam yang wakili mereka di mahkamah — datang sendiri dan terus mengaku salah.
Fakta Kes
Mengikut fakta kes, pada jam 2 petang 11 September 2019, SPAN mengadakan operasi di tapak pembinaan sebuah kondominium 36 tingkat di Kota Bharu sebelum mendapati ada satu sambungan terus ke sesalur utama awam sedia ada milik AKSB dibuat di luar tapak pembinaan.
Pegawai serbuan juga mendapati bekalan air daripada sambungan yang menyalahi undang-undang itu digunakan bagi menjalankan kerja pembangunan.
Kontrak syarikat OKS bagi pembinaan kondominium berkenaan bernilai RM89 juta dan nilai kos penggunaan air tidak berhasil oleh syarikat OKS daripada punca sambungan yang menyalahi undang-undang adalah RM42,690.