Kita baru sahaja mendengar berkenaan negara kita bakal menerima pelaburan sebanyak RM30 bilion daripada Intel. Hal ini sekaligus memberi impak yang positif terhadap ekonomi negara.
Kini Tengku Zafrul berkongsi tentang hasrat syarikat induk Shopee, SEA Limited yang mahu meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Dikatakan syarikat SEA Limited bakal meningkatkan pelaburan di Malaysia termasuk membuka pusat perkomputeran awan global di Kulai serta menambah gudang logistik mega di Bukit Raja Klang.
Lebih 2,000 peluang pekerjaan yang dijangka akan diwujudkan buat rakyat tempatan menerusi pelaburan ini. Beliau juga mengatakan akan sentiasa berusaha untuk menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.