Pada tahun lalu, syarikat kosmetik yang dimiliki Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah berjaya mengaut keuntungan mencecah RM32 juta.

Susulan keuntungan yang diterima, Wawa dan Aeril telah berkongsi rezeki sebagai penghargaan kepada stokis dan ejen Wawa Cosmetics bernilai RM500,000 dimana seramai 33 orang dibawa menunaikan umrah semalam dan hadiah wang tunai turut diberikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Mereka adalah tunjang utama Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu. Tanpa mereka tak mungkin bisnes saya mampu bertahan.

“Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa mereka, saya dan pasukan akan meraikan mereka setiap tahun dalam satu majlis pengiktirafan dengan ganjaran wang sebagai pembakar semangat.

“Jika beberapa tahun lalu kami menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah, tapi kali ini saya nak mencari keberkatan dengan membawa mereka ke Tanah Suci.” katanya.

Dalam pada itu, Wawa Zainal turut memberitahu bahawa syarikat kosmetiknya mensasarkan keuntungan sebanyak RM50 juta pada tahun ini.