Sebuah berita yang mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan pelakon sambilan serta pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal berusia 26 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 10 November 2022.

Berita kematian individu yang dikenali ramai ini nyata mengejutkan pelbagai pihak sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai punca kematian arwah.

Terbaharu, menerusi kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari pada 10 November 2022.

Difahamkan pihak polis telah menerima sebuah panggilan awam yang memaklumkan menemui seorang mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Menurut Asisten Komisioner Raub Selamat, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.

Untuk pengetahuan, Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut. Didoakan semoga arwah Syazlin Zainal ditempat di kalangan orang beriman serta dipermudah segala urusan. Takziah diucapkan buat keluarga Syazlin Zainal.

Sumber