Kecoh pagi dan tengah hari ini apabila KLIA dan KLIA 2 dikatakan dibanjiri orang ramai gara-gara terpaksa menanti dalam tempoh yang panjang berikutan dua lapangan terbang ini mengalami masalah ‘system down’.

Isu yang berlaku telah mendesak orang ramai terpaksa menanti sehingga lebih 7 jam bermula sejak dari awal mahu melakukan proses check-in sehingga dapat berlepas. Difahamkan isu bukan sahaja melibatkan sebuah syarikat penerbangan sahaja, malah beberapa syarikat penerbangan lain turut terkesan.

Menurut perkongsian TikTok @coachingcarakurus, beliau yang bangun seawal 3 pagi untuk bersiap ke KLIA terpaksa menanti sehingga tengah hari berikutan isu yang berlaku.

@coachcarakurus

#haslinasirtakesjakarta2022

♬ original sound – coach.haslina.nasir – coach.haslina.nasir

Sementara itu, difahakam keadaan KLIA dan KLIA 2 dilaporkan semakin ramai berikutan peningkatan penumpang yang menantikan kapal terbang mereka untuk berlepas.

@azimhafifz

KLIA

♬ original sound – Azim Hafifz – AzimHafifz

@saidila79

Boarding ke Miri sepatutnya pukul 5:40 pagi , tapi jam 7:13 pagi masih disini. 😅 Bertabahlah kita semua. Pasti ada hikmah disebaliknya. Kita merancang Allah juga merancang. Yakinlah yang perancangan Allah lebih sempurna. 🥰 #positivevibes #airasia #tonyfernandes #systemdown

♬ original sound – Saidila – Saidila 🇪🇭🇲🇾

Berdasarkan perkongsian video daripada netizen, masalah melibatkan sistem pada dua lapangan terbang ini secara serentak telah membuatkan orang ramai memenuhi ruangan lapangan terbang tersebut. Selain itu, jumlah kereta yang berada di sekitar lapangan terbang tersebut juga dilihat semakin meningkat.

Diharapkan isu yang berlaku dapat diselesaikan sepenuhnya sekaligus tidak lagi berulang dalam mengelakkan para penumpang terpaksa menanti sehingga lebih 7 jam sebelum berlepas ke destinasi pilihan.