Penyanyi Syura Badron kecewa selepas kena tipu dalam penjualan biskut raya.

Syura mendakwa dia ditipu seorang pelanggan dari Tebing Bandar Dato Onn, Johor Bharu pada Ahad.

Baca Juga:

Di mana pelanggan tersebut mendakwa sudah membuat pembayaran menerusi kod QR, namun rupa rupanya wang itu tidak masuk ke akaun Syura.

Syura yang aktif menjual kuih dan biskut raya sekitar Johor akui sangat kecewa kerana sudah penat menyediakan biskut raya tersebut tetapi ternyata transaksi itu hanya palsu.

Syura mendedahkan dia bersyukur kerana sepanjang bulan ramadan ini dia berjaya menjual biskut dan kuih raya. Walaupun penjualannya tidak terlalu banyak, namun Syura berpuas hati.

“Cuma ada beberapa pelanggan yang membayar menggunakan kod QR, dan memang mereka tunjuk resit. Tetapi dalam akaun saya wang itu tidak masuk, jadi saya rasa pelik,” tegas Syura seperti dilaporkan Mstar Online.

Syura belajar daripada apa yang berlaku. Kerana dia akui dia cuai disebabkan selama ini penjualan menggunakan pembayaran QR tiada masalah sebelum ini.

Dia mahu lebih berhati hati selepas ini.

“Penat tau buat kuih raya tu, apabila kena scam rasa sedihlah. Dalam sedih itu kena redalah,” tegas Syura.

Syura memberikan peringatan kepada mereka yang menipu dengan cara sebegitu untuk membeli kuih raya, bahawa makanan yang mereka beli itu akan masuk ke dalam darah dan jadi darah daging mereka.

Syura berharap golongan ini simpati dengan peniaga yang bekerja keras dan berpenat untuk membuat biskut raya.