Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mengejutkan peminat sukan tempatan apabila muncul juara Badminton Terbuka Jepun 2024 selepas menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-19, 21-15.

Aksi memukau dipamerkan oleh beregu ranking nombor 12 dunia sehingga tidak memberi ruang kepada pasangan Korea Selatan untuk melancarkan serangan balas.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum itu, mereka telah mengejutkan beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-19, 21-17 di pentas separuh akhir dan juga beregu nombor 6 dunia, Fajar Alfian-Rian Adrianto di suku akhir, 21-16, 10-21, 21-16.

Ini adalah kejuaraan terakhir mereka bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum bergerak secara profesional bermula 1 September ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agong BAM, Datuk Kenny Goh dengan pihak persatuan menghormati keputusan yang dibuat naib juara Asia itu.

“Saya pasti anda semua tahu yang mereka memohon untuk bergerak secara bebas (profesional), ini bukannya sesuatu yang baharu,” kata Kenny dalam satu sidang media.

“Jadi saya fikir selepas beberapa perbincangan, kami memahami dan menghormati keputusan mereka untuk meneruskan masa hadapan mereka secara bebas dan kami bersetuju untuk membebaskan mereka bermula 1 September ini,” tambahnya.

Difahamkan, pasangan itu akan mengikut jejak langkah pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dengan menyertai jenama luar.

Sze Fei dan Nur Izzuddin sebelum ini berpisah pada Januari tahun lalu sebelum disatukan semula enam bulan kemudian.