T Ananda Krishnan, bilionair dengan empayar yang merangkumi sektor telekomunikasi hingga minyak dan gas, meninggal dunia pada Khamis, hari ini pada usia 86 tahun, lapor The Edge Malaysia.
“Dia meninggal dunia secara aman. Beliau telah membuat sumbangan besar kepada pembinaan negara dan dunia korporat.
Baca Juga:
- Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin Meninggal Dunia
- Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia
- Pelakon Drama 90-an, Kamal Bakar Meninggal Dunia
“Inisiatif dermawannya telah mengubah banyak kehidupan,” petik satu kenyataan daripada syarikatnya, Usaha Tegas Sdn Bhd.
Difahamkan, ahli keluarga itu ingin berkabung secara peribadi, kata syarikat itu lagi.
Pegangan bisnes Ananda termasuklah pengendali rangkaian mudah alih Maxis Bhd, syarikat televisyen berbayar Astro Malaysia Holdings Bhd, dan firma perkhidmatan medan minyak Bumi Armada Bhd.
Walaupun perniagaannya berkembang maju, Ananda mengambil jalan untuk low profile daripada tumpuan media sepanjang hayatnya.
Dia berulang-alik antara Malaysia dan Perancis, di mana dia menghabiskan sebahagian besar masanya bersama isterinya.
Anak lelaki tunggalnya adalah seorang sami Buddha di Thailand, manakala dua anak perempuannya tidak berminat untuk mengambil alih perniagaannya, menurut laporan media.