Nampaknya bukan surat khabar dan blog di Malaysia sahaja yang suka mensensasikan tajuk berita atau artikel. Dan bukan pengguna media sosial di Malaysia sahaja yang jenis kaki baca headlines tanpa baca keseluruhan konten dan terus menulis komen-komen seperti sudah baca keseluruhan isi ceritanya.

Inilah yang telah berlaku di United Kingdom (UK) apabila Daily Express mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat UK terutama di Stoke-on-Trent kerana telah menulis satu tajuk berita yang mengelirukan dan menggunakan featured image yang menguatkan lagi kekeliruan tersebut yang melibatkan larangan bikini dan Muslim di WaterWorld Stoke-on-Trent.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →


Petikan headlines dan featured image dari laman web berita Daily Express

Punca Kontroversi

Tajuk berita Daily Express menyatakan “Taman Tema Air UK Melarang Bikini dan Mengarahkan Pelawat Memakai Pakaian yang ‘Bersesuaian dengan Islam’.” sambil menonjolkan satu gambar seorang wanita Muslim berniqab. Ia turut disebarkan di Twitter Daily Express.

Fullscreen capture 17062015 104208.bmp
Petikan headlines dan featured image dari Twitter Daily Express

Kesan Kekeliruan Headlines

Ini semua telah menjadi punca provokasi berlaku dan timbul kemarahan terutama di kalangan mereka yang rasis, takut Islaminisasi dan Islamphobia.

Fullscreen capture 17062015 104751.bmp

Kebenaran Didedahkan

Dua buah laman web terkenal, Buzz Feed dan Huffington Post telah mendedahkan kebenaran apabila menyedari berita Daily Express mengelirukan apabila dibandingkan dengan keterangan asal pengurusan WaterWorld Stoke-on-Trent di Facebook dan laman web rasmi.

Fullscreen capture 17062015 105631.bmp

Status pos di Facebook Page WaterWorld menerangkan pihak mereka boleh menyediakan acara mengikut keperluan pelanggan mereka yang memiliki nilai dan kepercayaan berbeza. Ia dinamakan sebagai Special Events yang melibatkan acara di luar waktu operasi biasa dan semestinya ia dibuat berdasarkan tempahan pelanggan aka private events.

Antaranya ialah Singles Night untuk orang bujang berumur 18 tahun ke atas, Weekly Wave Rave untuk kanak-kanak berusia 11 hingga 14 tahun sahaja, Inclusion Events untuk orang kurang upaya yang memerlukan lebih perhatian dan keselamatan dan Naturist Event dan Halloween Event yang bersesuaian dengan tema yang mahu ditonjolkan.

Berita yang disensasikan ialah melibatkan Our Sisters Only Events yang telah diterangkan sebegini oleh pihak pengurusan WaterWorld:

“Our Sisters Only Event: Ini menarik semua wanita yang mempunyai agama/kepercayaan untuk melawat fasiliti kami dan menikmati semua ciri-ciri di sini sambil mempunyai pilihan untuk memakai jenis pakaian yang biasanya dihalang ketika waktu operasi biasa. Di sini juga terdapat ruang sembahyang yang disediakan untuk sesiapa sahaja daripada mana-mana agama untuk digunakan, jika mereka mahu sembahyang ketika waktu (petang) tersebut.”

Jelas tiada disebut tentang tidak boleh memakai bikini atau perlu mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan Islam di dalam kenyataan tersebut.

Mari lihat apa pula yang telah ditulis di dalam iklan Our Sisters Only Event yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2015 di laman web WaterWorld.

Iklan Our Sisters Only Event di laman web WaterWorld hanya menyatakan:

1. Acara hanya untuk wanita sahaja dan kanak-kanak lelaki hingga usia 4 tahun.

2. Semua fasiliti dan permainan dibuka seperti biasa pada waktu tersebut.

3. Semua tingkap ditutup dan hanya staf wanita dan lifeguards akan bertugas sepanjang acara tersebut.

4. Staf wanita ditempatkan di depan untuk memastikan tiada lelaki memasuki WaterWorld ketika itu.

5. Ruang sembahyang disediakan di bahagian resepsi.

Sesungguhnya tiada langsung perkataan larangan bikini dan pelawat perlu menggunakan pakaian yang bersesuaian dengan Islam seperti niqab dan burka.

Reaksi Pengguna Media Sosial Setelah Mengetahui Kebenaran

Fullscreen capture 17062015 113228.bmp

Larangan Bikini

Petikan dari laman web Town Hall menyatakan, jika acara yang dianjurkan oleh WaterWorld ini bertemakan Kristian, pasti ianya menerima reaksi yang berbeza.

Pada tahun 2014, sebuah taman tema air di Amerika, Splash Kingdom Family Waterparks di Brazoria, Texas telah membuat tema taman tema air berdasarkan kepercayaan agama Kristian di mana pelawat dikehendaki mematuhi family friendly dress code. Ia tidak membenarkan penggunaan thong (seluar dalam bertali halus) dan melarang pakaian yang  mendedahkan keterlaluan tubuh badan.

Di laman web Fox News turut menyatakan pihak pengurusan membenarkan staf taman tema air menegur dan meminta pelawat menambah atau menutup bahagian yang didedahkan secara berlebihan. Ia juga tidak membenarkan alkohol berada di dalam premis mereka.

Menurut presiden dan CEO taman tema air tersebut dalam temubual bersama Houston Chronicle:

“Matlamat kami adalah untuk memuliakan Tuhan di samping menyediakan satu kawasan rekreasi yang selamat dan menyeronokkan untuk keluarga.”

Pengajaran

Hanya satu headlines telah menyebabkan WaterWorld ini dipandang serong dan menimbulkan kemarahan orang bukan Islam terhadap orang Muslim di UK. Ini menunjukkan tajuk berita/artikel penting ditulis dengan betul dan tidak mengelirukan pembaca. Impaknya begitu besar terutama apabila melibatkan sentimen-sentimen yang sensitif. Ia juga menunjukkan impak apabila seseorang hanya membaca headlines sahaja dan terus beremosi tanpa membaca keseluruhan konten. Ia juga mengajar kita untuk menapis berita atau membaca/mencari sumber-sumber asal agar berita yang diterima itu sahih dan bukan sekadar provokasi dan imaginasi semata-mata.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram