Semalam tular satu klip video menunjukkan seorang kanak-kanak menghisap vape secara terbuka di sebuah restoran.
Pada ketika itu kanak-kanak tersebut sedang duduk semeja bersama beberapa orang dewasa. Bagaimanapun tindakan kanak-kanak itu langsung tidak diendahkan mereka.
Baca Juga:
Klip video yang dirakam akaun X.com @KulupFans mendapat pelbagai reaksi warganet. Rata-rata ramai yang terkejut melihat kanak-kanak semuda itu sudah mengenali dan berani mendekati vape.
Video ni ayah rakam sendiri malam tadi di Restoran Hakim.Tengok sendiri budak seusia 6 tahun dah pandai isap Vape.Isap pulak depan orang ramai tanpa rasa malu dan takot.Seolah2 perkara macam ni dah jadi kebiasaan
Bila @DrZalihaMustafa KKM nak buat satu akta baru nak kawal… pic.twitter.com/KszQpgX9i2
— Abdul Rani Kulup Fans (@KulupFans) November 14, 2023
Netizen meminta pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ibubapa atau penjaga yang gagal mengawal kanak-kanak di bawah jagaan mereka daripada mencuba vape.
Orang ramai turut menyalahkan pengusaha, penjual dan influencer yang mempromosikan vape secara terbuka dan besar-besaran. Sekaligus menyebabkan kanak-kanak yang mudah terpengaruh ingin mencuba ‘rokok elektronik’ itu.
Kena denda n bg hukuman berat kat parent.. denda budak tu tak jadi pape.. sebab parent yang bagi kebenaran
— Hafiz Rahim (@hafizmdrahim) November 14, 2023
Ini semua punca dari artis & influencer. Kuat sangat promote+normalise vape. Nak cari duit buat la benda lain. Rosak generasi muda
— فکري احمد (@ahmdfkri1401) November 14, 2023
Terdahulu, hasil satu kajian menunjukkan orang ramai menyokong pelaksanaan Generational Endgame (GEG) & Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pembentangan RUU itu adalah bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin di dalam cecair rokok elektronik atau vape.
Dr Zaliha, berkata KKM akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).
Warganet berharap pelaksanaan GEG dan RUU dapat dilaksanakan secepat mungkin agar generasi baharu bebas daripada produk nikotin.