Baru-baru ini tular satu klip video seorang lelaki menangkap seekor ular sawa di tengah-tengah kota Bukit Bintang.
Video yang dimuat naik TikTok @whothefack itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan komen daripada warganet yang kagum dengan tindakan spontan lelaki tersebut.
Baca Juga:
- ‘Ada Permit Ke?’ – Rakyat Malaysia Bengang Tengok Pelancong Asing Selamba ‘Busking’ Di Bukit Bintang
- Bukit Bintang Disenaraikan Antara Destinasi Pelancongan Paling ‘Overrated’ Di Asia
- Netizen Kecewa Bukit Bintang Jadi Sarang Pelacuran Warga Afrika Pula
Keberaniannya itu telah mendapat perhatian stesen radio nombor satu, HotFM yang berpeluang menemubual penangkap ular berkenaan.
Pagi tadi, pemuda itu yang dikenali sebagai ‘Abang Zun’ atau ‘Abang Ular’ seperti mana digelarkan netizen berkongsi dengan Farah Fauzana, AG dan Johan pengalamannya menangkap ular sawa yang tular di media sosial itu.
Menurut Abang Zun, dia mempunyai pengalaman dalam mengendalikan haiwan reptilia tersebut.
“Saya memang mempunyai pengalaman dalam menangkap ular sebelum ini.
“Cara pegang rahang ular itu adalah teknik yang betul. Walaupun ular sawa tidak berbisa, namun ia mempunyai kekuatan untuk membelit, serta giginya yang banyak dan halus boleh mendatangkan kecederaan,” terang Abang Zun.
Tambahnya lagi, ular yang ditangkap di Bukit Bintang itu telah selamat diserahkan kepada pihak bomba berhampiran.
Dalam pada itu dia juga berseloroh ‘sebab’ dia sentiasa memegang seluar semasa menangkap ular berkenaan kerana baru lepas diet.
“Apa-apa pun terima kasih semua atas semua komen positif untuk abang ular,” kata Abang Zun.
Warganet turut mendoakan kesejahteraan buat ‘Abang Ular’ dan berterima kasih kerana berjaya menangkap ular itu dengan penuh profesional pada ketika itu.