Pada akhir Oktober lalu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 disahkan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2025.
Ia bakal melibatkan sebanyak 1,000 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah lepasan SPM sahaja.
Baca Juga:
- Hanya Pelajar Lepasan SPM Terlibat PLKN 3.0 Tahun Depan
- PLKN 3.0 Bermula Januari 2025
- Kerajaan Setuju Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Ditempatkan Di Kem Tentera
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia kekal dengan pendiriannya supaya PLKN 3.0 tidak diteruskan, lapor Berita Harian.
Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata JKPK sudah pun diberi penerangan mengenai konsep dan format baharu itu, namun ia tidak memenuhi justifikasi yang sudah dinyatakan sebelum ini.
“Justifikasi sudah dinyatakan selepas taklimat bersama Kementerian Pertahanan serta Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) tempoh hari.
“Bagaimanapun sekiranya kerajaan tetap ingin melaksanakannya juga, mesti ada kajian yang lebih teliti dan mendalam dilakukan supaya perkara sama tidak berulang kembali.
“Kami sedia mengundang kehadiran Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat JKPK dan bentangkan mengenai kajian mereka untuk meneruskan PLKN itu.
“Sebelum ini, kami juga sudah pun menjemput Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan untuk berbincang,” katanya kepada Berita Harian hari ini.