Seperti yang dinantikan, hari ini semua orang boleh mendapatkan pas My50 menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja. Dengan ini, anda boleh menggunakan kad TNG NFC sahaja dan tidak perlu lagi guna kad pengenalan seperti sebelum ini.
Ciri ini baru sahaja ditambah ke dalam aplikasi, jadi anda perlu memuat naik kemas kini terlebih dahulu yang mana di sini untuk Google Play Store dan di sini untuk App Store.
Ikuti tutorial cara mudah dan pantas untuk memperbaharui pas My50 menerusi aplikasi TNG eWallet hari ini:-
Cara memperbaharui pas My50 menerusi aplikasi TNG eWallet
1. Buka aplikasi TNG eWallet anda pada peranti.

2. Pada laman utama, klik More yang terletak di bahagian sisi bawah kanan skrin.

3. Masukkan perkataan My50 atau Travel Pass pada ruangan carian lalu tekan pada menu Travel Pass yang dipaparkan di bawahnya.

4. Tanda pada ruangan yang disediakan selepas sudah membaca terma dan syarat yang ditetapkan dalam memberikan akses maklumat peribadi untuk kegunaan tambah nilai pas My50 ini.

5. Pada bahagian Travel Pass, anda bakal dipaparkan dengan maklumat pas My50, yang mana mempunyai fungsi sama seperti yang tersedia pada MyKad.
Di sini, anda perlu mengklik butang tambah yang dipaparkan pada bahagian Select an enhanced TNG card dan klik Confirm pada bahagian paling bawah.

6. Seterusnya, pada bahagian pilihan kad TNG NFC, anda akan dipaparkan dengan senarai maklumat kad TNG semasa yang sudah dipautkan.
Kalau belum ada lagi, anda boleh pautkan kad baharu dengan menekan Add a card. Difahamkan setiap pengguna dibenarkan memasukkan maksimum jumlah kad sebanyak 15.
Sementara yang sudah mempunyai kad tersenarai, boleh lanjutkan dengan klik pada Select card.

7. Selepas itu, anda diminta untuk mengimbas kad yang dipautkan sebagai pengesahan.

8. Seusai selesai proses berkenaan, anda diminta untuk menetapkan tarikh bermulanya pelan pas My50 mengikut keselesaan masing-masing.
Lanjut tandakan pada ruangan terma dan syarat serta menekan Confirm untuk meneruskan pembayaran sebanyak RM50.

9. Akhir sekali, anda bakal mengesahkan pembayaran dengan klik Pay dan sepatutnya di sini anda sudah boleh gunakan seperti biasa.
Selepas ini, anda sudah tidak perlu lagi beratur panjang di pagi hari untuk memperbaharui pas My50 seperti sebelum ini. Kini semuanya di hujung jari sahaja.
Kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui langkah demi langkah cara memperbaharui My50 masing-masing di peranti sahaja.