Touch n’ Go sedia memperkenalkan kad TNG Enchanced yang memudahkan orang ramai menambah nilai secara terus pada telefon. Selain kad TNG NFC, TNG turut hadir dengan produk baharu yang dinamakan ‘Touch ‘n Go Furry Series: Rabbit Charm’.
TNG Charm ini merupakan aksesori kunci yang turut boleh dipasang pada beg atau dompet. Hal ini sekaligus memudahkan keychain tersebut dikeluarkan atau digantung pada barangan harian berbanding dengan kad yang sukar dicapai.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Kaedah Beli Air Daripada ‘Mesin Gedegang’ Menerusi TNG eWallet Di Jepun
- TNG eWallet Sedia Menyokong Pembayaran Parkir Jalanan Di Seluruh Kuala Lumpur Dan Selangor
- Kad TNG NFC Kini Dijual Setiap Hari Mulai Pukul 7 Pagi Di Lazada
Untuk menggunakannya, keychain berbentuk arnab ini berfungsi seperti kad TNG Enchanced di mana perlu dipautkan ke dompet digital TNG eWallet lalu boleh digunakan untuk melakukan pembayaran dengan menyentuh ia pada terminal pembayaran.
Seperti contoh lokasi yang boleh digunakan seperti di kemudahan pengangkutan awam, mesin layan diri dan juga di tol-tol yang menyokong pembayaran TNG.
Setakat penggunaan harian, kami boleh melakukan pembayaran dengan lancar. Memandangkan ia datang dalam bentuk keychain, maka kami boleh mencapainya dengan mudah apabila mahu membayar.
TNG Charm ini boleh dibeli di Touch ‘n Go Service & Sales Centre di NU Sentral dan Bangsar South. Untuk bulan Ogos ini, TNG Charm ditawarkan dengan pilihan watak arnab. Anda juga boleh TNG Charm menerusi laman Shopee pada harga RM30 setiap satu.