Rumah tangga Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red dan Adira Suhaimi berakhir selepas mereka berdua sah bercerai talak satu pada 24 April lalu. Hari ini pula beliau bergelar duda ‘kali kedua’ selepas menceraikan isteri pertamanya.
Beliau sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada jam 10.40 pagi ini, petik Harian Metro.
Baca Juga:
- Sah Bercerai Talak Satu, Adira Kongsi Sebab Enggan Tuntut Nafkah Daripada Datuk Red
- ‘Baik Urus 10 Syarikat Daripada Beristeri Dua’ – Datuk Red Nasihat Para Suami Tidak Berpoligami
- ‘Tak Mahu Anak-Anak Lihat Bapanya Macam Minta Sedekah’ – Datuk Red
Menurutnya, beliau bersetuju menceraikan Datin Red kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka. Kedua-duanya sudah 18 tahun hidup bersama dan mempunyai lima anak.
“Saya dan bekas isteri (Datin Red) sudah berbincang dan sepakat mahu bercerai secara baik. Kami juga akan bersama-sama membesarkan anak-anak. Kalau saya teruskan (tak mahu cerai) nanti lagi panjang.
“Atas nasihat peguam, kami mencapai persetujuan perceraian (hari ini). Insya-Allah, anak-anak faham sebab mereka pun sudah besar,” petik perkongsiannya kepada Harian Metro.
Menurut laporan itu lagi, bekas isteri Datuk Red juga tidak menuntut sebarang nafkah daripadanya.
Ia berikutan, Datin Red memahami situasi masalah kewangan dihadapi bekas suaminya itu dan dia enggan menyusahkan Datuk Red serta bertekad akan berusaha sendiri mencari pendapatan menyara anak-anaknya.
Terdahulu, Datin Red memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu pada penghujung Januari lalu.
Bagaimanapun, ketika prosiding kes cerai mereka pada 18 Mac lalu, Datuk Red enggan menceraikan Datin Red kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang sudah lama dibina itu.