Apabila jerebu mula menjejaskan kualiti udara, aktiviti luar bersama anak mungkin terpaksa dikurangkan buat sementara waktu.
Namun, ini bukan bermakna ibu bapa perlu menghabiskan sepanjang hari di rumah. Bagi yang mahu membawa anak keluar untuk mengisi masa lapang, terdapat beberapa lokasi indoor yang boleh dipertimbangkan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Baca Juga:
- Dari Miri Ke Brunei Naik Kereta, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Terjah Untuk ‘Day Trip’
- 5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

- 5 Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Anda

Selain lebih selesa kerana berada dalam ruang tertutup, tempat-tempat ini juga menawarkan aktiviti yang boleh membuatkan anak terhibur sambil meluangkan masa bersama keluarga.
1. Just Farm @ Just Pets Megastore, IOI Mall Damansara
@justfarmbyjustpets πΎ Discover Malaysia’s Largest Indoor Petting Zoo! β€οΈ Meet, feed, and interact with over 50 amazing animal speciesβall under one roof! Whether you’re here with family, friends, or on a date, unforgettable memories await. π Visit us today! #largestindoorpettingzoo #justpetsmegastore #justfarm #PettingzooKL #capybara
Kalau anak memang suka haiwan, Just Farm @ Just Pets Megastore (Kota Damansara) boleh dimasukkan dalam senarai.
Terletak di IOI Mall Damansara, Just Farm merupakan indoor petting zoo yang membolehkan kanak-kanak melihat, mendekati dan memberi makan kepada beberapa jenis haiwan seperti capybara, alpaca, guinea pig dan kambing pygmy.
Menariknya, ruang ini berhawa dingin dan direka sebagai pengalaman interaktif untuk kanak-kanak, jadi ibu bapa tidak perlu risau tentang cuaca panas atau hujan ketika merancang kunjungan.
Just Farm dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 8.30 malam. Tiket masuk juga boleh dibeli secara dalam talian, dengan harga semasa yang disenaraikan bermula RM58.
2. Aquaria KLCC
@dutahi811 π πͺΌπ¦π‘ππ #aquaria #aquariaklcc #klcc #kualalumpur #malaysia #viral #trending
Kalau anak lebih tertarik dengan hidupan laut, Aquaria KLCC pula boleh menjadi pilihan.
Terletak di Kuala Lumpur Convention Centre, Aquaria KLCC menawarkan pengalaman meneroka dunia hidupan marin dalam ruang tertutup.
Daripada melihat pelbagai spesies ikan kepada berjalan melalui terowong akuarium, kunjungan ke sini boleh menjadi peluang untuk anak mengenali hidupan laut dengan cara yang lebih menarik berbanding sekadar melihat gambar dalam buku.
Paling penting untuk keadaan jerebu, keseluruhan pengalaman ini berlangsung di dalam bangunan. Jadi, keluarga masih boleh merancang aktiviti bersama tanpa perlu menghabiskan masa terlalu lama di kawasan terbuka.
3. SuperPark Malaysia
@superparkmy Top 5 Games you dont want to miss at superpark! superpark Superparkmy superparkmalaysia sprprk super super themepark bestplacestovisit fyp fypmalaysia foryourpage trending viral tiktokguru
β¬ original sound – SuperPark Malaysia – SuperPark Malaysia
Kalau anak jenis yang susah duduk diam, bawa ke tempat yang membolehkan mereka bergerak pula.
SuperPark Malaysia di Avenue K merupakan taman aktiviti indoor yang menawarkan pelbagai permainan fizikal dalam satu ruang.
Berbanding aktiviti yang hanya memerlukan anak duduk dan bermain, konsep seperti ini membolehkan mereka bergerak, mencuba cabaran dan menggunakan tenaga walaupun tidak dapat bermain di luar.
Lokasinya di pusat bandar Kuala Lumpur juga memudahkan ibu bapa untuk menggabungkan aktiviti tersebut dengan makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.
Tak semestinya duduk di rumah sepanjang hari
Jerebu memang memerlukan kita lebih berhati-hati, terutama apabila melibatkan kanak-kanak.
Namun, ibu bapa masih mempunyai pilihan untuk membawa anak keluar melakukan aktiviti dalam ruang tertutup.
Daripada berinteraksi dengan haiwan di Just Farm, meneroka dunia hidupan laut di Aquaria KLCC sehinggalah menghabiskan tenaga di SuperPark, ketiga-tiga pilihan ini boleh dijadikan alternatif apabila aktiviti luar tidak sesuai.
Sebelum keluar, jangan lupa semak keadaan kualiti udara dan waktu operasi setiap lokasi terlebih dahulu. Kalau keadaan tidak mengizinkan, aktiviti indoor di rumah juga boleh menjadi pilihan yang lebih selamat.