Scammer pada hari ini bukan sahaja mengambil wang, kini sudah dikesan mula mengambil tempahan makanan tanpa membuat pembayaran. Sudah beberapa penjual makanan di dalam talian melaporkan telah menerima pelanggan sebegini rupa.
Menerusi perkongsian akaun Facebook Mimi Safi Hana, beliau telah menceritakan nasib malang menimpanya apabila pelanggan yang dilabel ‘dari neraka ini’ menempah beberapa makanan namun tidak membuat pembayaran seperti yang dipersetujui.
Baca Juga:
- Sekadar Guna Resit Palsu, Tindakan Lelaki Ini ‘Perdaya’ Scammer Buat Netizen Puas
- Diminta Bayar RM279 Sewaktu COD, Wanita Ini Dedahkan Taktik Terbaru ‘Scammer’
Beliau pun bersetuju untuk menyiapkan pesanan yang diterima dan bakal menerima bayaran sebaik makanan tiba ke tangan pelanggan itu. Namun lain pula jadinya apabila pelanggan tersebut hanya mendiamkan diri dan tidak membuat pembayaran bagi makanan yang ditempah.
Difahamkan suspek ini telah melakukan modus operandi yang sama kepada beberapa penjual makanan yang lain. Mereka juga menimpa nasib yang sama dan turut mengalami kerugian kerana tidak menerima bayaran tempahan makanan seperti yang dijanjikan.
Para penjual di luar sana dinasihatkan untuk berhati-hati dengan taktik ini yang mana suspek akan cuba menempah makanan dan meminta penghantaran ke rumah tanpa membuat pembayaran. Anda sebaiknya meminta pembayaran terlebih dahulu sebelum melayani pesanan yang diterima menerusi mesej atau dalam talian.