Setiap kali kita melihat tanda halal, sudah semestinya kita yakin untuk membeli barangan tersebut. Terbaharu, taktik sindiket penyeludupan daging sejuk beku tidak halal dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina dibungkus semula dengan logo halal telah terbongkar.
Memetik laporan Sinar Harian, pihak berkuasa telah menyerbu sebuah gudang di Senai, Johor dan mendapati daging sejuk beku tersebut telah dibungkus semula sebelum ia dipasarkan di seluruh Malaysia.
Taktik tersebut ‘dihidu’ pihak berkuasa dengan hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dimana sindiket tersebut bertindak menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu lalu tampalkan ia pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.
Daging ‘halal’ yang telah siap dibungkus semula akan diletakkan di peti simpanan bersuhu -18 darjah celcius dan dicampur dengan susunan daging lain yang memiliki sijil halal yang sah.
Menurut Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi mendedahkan sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita. Kegiatan ini masih dalam siasatan dan pihak Maqis akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hit’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Laman Web Isharefans Sah ‘Lesap’, Ramai Tertipu Dan Rugi Sehingga RM10,000
Polis Terima 6 Laporan Cabul Dan Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Sekali Lagi
Selepas 20 Tahun Bersiaran Di RTM, Netizen Terkejut Siri Akhir Gerak Khas Bakal Ditayangkan Di TV3