Penduduk Taman Impian Indah mengeluh dengan kelakuan warga asing yang suka meludah merata rata terutama sekali di dinding dan tangga.
Nota editor: Gambar yang dikongsi mungkin boleh membuatkan anda kurang selesa
Perbuatan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah memberikan masalah lain kepada kesihatan penduduk di situ.
Pengadu akui sudah buntu untuk membuat aduan kerana tiada tindakan tegas diambil oleh mereka yang bertanggungjawab.

Taman Impian Indah jadi tercemar
Seorang penduduk Taman Impian Indah mengadu kepada Edisi Siasat: “Assalamualaikum ES, tengoklah perangai pengotor warga asing meludah merata-ratta di tangga.
“Dah tak tau nak buat aduan di mana sebab dah berapa kali buat aduan tak ada di ambil tindakan. Saya mohon sangat mana-mana penguatkuasa tolonglah ambil tindakan atas sikap PENGOTOR warga asing ini.”
Pengadu yang merupakan penduduk Taman Impian Indah itu turut bimbang bahawa air liur tersebut tercemar dengan wabak yang boleh merebak.
Ini kerana mereka tidak tahu rekod kesihatan warga asing tersebut yang suka meludah di tangga tangga setiap hari.
Dia menambah: “Kita pun tak pasti mereka punya rekod kesihatan macam mana, yang pasti setiap hari mesti akan ada kesan ludahan di tangga. Harap akan ada tindakan yang diambil.
“Lokasi di Taman Impian Indah, Jalan Impian Indah 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan,” tulis individu itu.
Petikan pada Telegram Edisi Siasat (ES):
ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᑌᗩᒪᗩIKᑌᗰ ES, tengoklah perangai pengotor warga asing meludah merata2 di tangga 😭 dah tak tau nak buat aduan di mana sebab dah berapa kali buat aduan tak ada di ambil tindakan….saya mohon sangat mana-mana penguatkuasa… pic.twitter.com/1oGLGfkkD1
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 19, 2025
Ini bukanlah kali pertama penduduk di taman di kawasan kediaman terutama sekali di rumah pangsa atau rumah flat, mengadu masalah warga asing yang pengotor.
Ianya sudah menjadi salah satu masalah warga asing di Malaysia ini.
Di mana mereka akan meludah merata rata selepas mengunyah sirih dan sebagainya. Ianya sudah menjadi satu budaya di negara mereka yang dibawa masuk ke sini.
Itu yang berlaku kepada penduduk Taman Impian Indah yang benar benar berharap masalah ini akan dapat diselesaikan.