Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan semua pihak perlu ambil pengajaran daripada penamatan Ketua Pegawai Operasi (COO) MyBurgerLab yang membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama.

Menurut beliau, kontroversi itu mencerminkan betapa pentingnya masyarakt majmuk negara ini memelihara tanggungjawab sosial dan sensitiviti, petik Astro Awani.

Baca Juga:

“Ini menunjukkkan mereka (MyBurgerLab) mengambil berat, mengambil serius dan bertindak. Pengajarannya, di negara kita ini ada fabrik sosial yang telah lama wujud, membolehkan kita hidup dengan aman damai,” katanya.

myBurgerLab

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.

Terdahulu, pihak pengurusan kedai makan itu menyatakan kekecewaan dengan komen yang dibuat oleh COO mereka dalam akaun media sosial peribadinya.

Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak berkongsi pandangan tersebut kerana kenyataan sedemikian tidak mencerminkan nilai terasnya iaitu hormat-menghormati, perpaduan dan keterangkuman.

Sumber