Kedai burger tempatan, myBurgerLab telah memecat ketua pegawai operasinya, Andrew Chong, kerana kenyataan yang ditulis di media sosialnya baru-baru ini.

Pihak pengurusan kedai makan itu berkata mereka amat sedih dengan komen yang dibuat oleh Chong dalam akaun media sosial peribadi.

Baca Juga:

Dalam masa yang sama, mereka turut menegaskan bahawa ia “sewajarnya” menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan menyakitkan hati masyarakat Islam.

myBurgerLab

myBurgerLab Ambil Tindakan Terhadap Chong

Syarikat itu menegaskan bahawa mereka tidak berkongsi pandangan Chong kerana kenyataan sedemikian tidak mencerminkan nilai terasnya iaitu hormat-menghormati, perpaduan dan keterangkuman.

“Sebagai tindak balas, kami telah menamatkan perkhidmatan Chong dan semua gabungan berkuat kuasa hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

myBurgerLab juga memohon maaf atas kenyataan Chong, mengatakan mereka mengutuk semua bentuk diskriminasi atau tidak menghormati yang melibatkan agama.

myBurgerLab juga berkata mereka akan menjalankan semakan semula dasar dalaman dan mengarahkan semua kakitangan menjalani latihan sensitiviti budaya bersama pakar, termasuk pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

myBurgerLab

Chong sebelum ini menulis komen di laman media sosial miliknya mengenai isu denda kepada lelaki Islam yang tidak solat Jumaat di Terengganu.

“Perlahan-lahan tapi pasti Malaysia akan diambil alih oleh ekstremis. Kita akan jadi seperti Iran selepas revolusi. Apa yang berlaku hari ini, dan itu pasti menakutkan orang ramai,” tulisnya.