Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Pengarah Teknikal skuad Harimau Malaya, menandakan kembalinya beliau ke pasukan kebangsaan dalam peranan yang berbeza
Berusia 56 tahun, Cheng Hoe pernah membimbing skuad kebangsaan dari 2018 hingga 2022 dan difahamkan beliau telah memulakan tugas baharunya bersama FAM sejak beberapa minggu lalu.
Baca Juga:
- Tan Cheng Hoe Kembali Ke Pangkuan Skuad Harimau Malaya
- Tan Cheng Hoe Berpisah Dengan Police Tero
- Masa Depan Tan Cheng Hoe Cetus Tanda Tanya
Walaupun ia bukanlah satu lagi rahsia tetapi perkembangan terkini pelantikan Tan Cheng Hoe itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu pengumuman ringkas di laman sosial badan induk bola sepak tanah air tersebut.
Presiden FAM, Dato’ Joehari Ayib sebelum ini mendedahkan bahawa pemilihan Cheng Hoe adalah atas pengalaman luasnya dan disifatkan sebagai antara jurulatih terbaik Malaysia pada ketika ini.
Dalam peranan barunya, Tan Cheng Hoe dijangka akan memainkan peranan penting dalam pembangunan teknikal skuad kebangsaan, termasuk merancang strategi jangka panjang dan meningkatkan prestasi pasukan di peringkat antarabangsa.
Pelantikan ini juga menandakan usaha FAM untuk memperkukuh struktur teknikal pasukan kebangsaan menjelang kejohanan-kejohanan penting yang akan datang.
Dengan pengalaman luas dan rekod pencapaian cemerlang, Tan Cheng Hoe diharapkan dapat membawa Harimau Malaya ke tahap yang lebih tinggi dalam arena bola sepak antarabangsa.
Selain itu dalam perkembangan sama, FAM turut mengumumkan Stanley Bernard akan bertindak sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya bagi membantu Rob Friend.