Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) melibatkan RM313 juta, serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta, berkaitan dengan projek cadangan lebuh raya Putrajaya ke KLIA (MEX 2).

Memetik New Straits Times, tokoh korporat terkemuka berusia 74 tahun itu, yang berpakaian serba putih dan duduk di atas kerusi roda, membuat pengakuan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Baca Juga:

“Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas setiap pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Buat Tuntutan Palsu Bina Lebuh Raya, SPRM Sita Pelbagai Aset Mewah Tan Sri Bernilai RM32 Juta

Pada awal prosiding, peguam Abu Sahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, memohon agar anak guamnya dibenarkan kekal duduk di atas kerusi roda ketika pertuduhan dibacakan.

“Keadaan kesihatan beliau tidak begitu baik. Beliau tidak boleh berdiri terlalu lama,” kata peguamnya kepada hakim.

Abu Sahid, yang berkaca mata, kelihatan duduk di atas kerusi roda dengan sebuah tangki oksigen di sisinya, dalam bilik mahkamah yang penuh dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

Bagi kesemua empat pertuduhan pecah amanah, Abu Sahid didakwa sebagai ejen iaitu Pengarah Maju Holdings, melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Bukit Tunku, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku, lapor Berita Harian.

Berita lanjut menyusul.