‘Joker’ merupakan filem yang mencetuskan fenomena di Malaysia dan seluruh dunia serta boleh dikatakan filem ini antara yang terbaik kerana jalan cerita dan banyak lagi faktor.

Bagi anda yang pernah menonton filem tersebut, pasti anda perasan beberapa lokasi di New York seperti Loews Jersey Theater, Newark Paramount Theater dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menarik perhatian adalah sebuah anak tangga dalam adegan Joker menari kini menjadi destinasi tumpuan pelancong. Tidak percaya? Lihat sahaja gambar-gambar di bawah ini dimana ramai yang bergambar di sana.

Jika anda ingin ke tangga ikonik tersebut dan ‘remake’ seperti dalam filem Joker, anda boleh ke 167th Street di bandar Bronx, New York iaitu antara Jerome dan Anderson Avenue.

Akan tetapi, ada penduduk di Bronx mengatakan bahawa kawasan tersebut tidak selamat dan nasihatkan pelancong yang ke kawasan tersebut untuk lebih berhati-hati.

Adakah anda akan ke kawasan tangga ini jika berpeluang melancong ke New York? Ini pastinya sesuatu yang ‘Instagrammable’ untuk dikongsi di media sosial.

Jika anda belum menonton filem Joker di pawagam, anda boleh baca dahulu ulasan filem Joker di bawah ini.

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker

Lihat Apa Terjadi Jika Joker Diberi Sentuhan ‘Editing’ Persis Drama Korea Goblin

Hidap ‘Penyakit Joker’, Lelaki Ini Kongsi Penderitaan Yang Perlu Dilaluinya Setiap Hari

Sumber