Seorang pengguna TikTok dari Malaysia, Ivor_Xianz nampaknya kurang berpuas hati dengan makanan Malaysia yang beliau cuba di salah sebuah restoran di Chinatown, New York City.
Ivor telah berkunjung ke sebuah kopitiam yang sesak dan dari pandang pertama, gerai ini menjanjikan suatu pengalaman yang menarik untuk dicuba dan disebabkan itu beliau menempah sepingga Nasi Lemak berharga USD$8.
Baca Juga:
- Kena Bayar RM120 Untuk Gunting Rambut, Pelancong UK Kecewa Kena ‘Scam’ Dengan Warga Asing Di Bukit Bintang
- ‘Banyak Sampah, Jalan Kaki Susah’ – Pelancong Asing Kongsi Pengalaman Jujur Bercuti Di Malaysia
Hidangan itu disediakan dalam mangkuk dengan nasi menjadi sajian utama sambil diapit oleh sebiji telur rebus, timun, ikan bilis dan sedikit sambal.
Bagaimanapun, Ivor kurang gemar dengan cara restoran ini menyediakan makanan. Dia mendapati hidangan ikan bilis terlalu banyak dan sambal Nasi Lemak terlalu sedikit.
Pada bahagian rasa pula, Ivor hampa dengan cara restoran ini menyediakan nasi. “Sangat kering dan beras tidak ada bau kelapa,” katanya. Dia kemudian menekankan bahawa sambalnya manis, lebih kepada gaya Cina.
Beliau juga kecewa dengan penyedian ikan bilis yang seperti ‘masuk angin’ dan bukannya rangup. Dia juga membezakan nasi lemak yang dicubanya di Australia dan Chinatown yang kurang memuaskan.
Selain itu Ivor juga tidak gemar dengan teh tarik yang berharga USD$6 yang disediakan oleh restoran ini sehingga beliau perlu ‘menarik’ sendiri teh tersebut dari satu cawan, ke cawan yang lain.
Selepas itu, beliau menempah Mee Kari Putih Pulau Pinang. Di mana dia mendapati bahawa hidangan itu tidak seimbang dan berkata bahawa “mee segera yang dia masak” lebih baik daripada hidangan mee kari putih di restoran ini yang dijual pada harga USD18.