Orang ramai dilarang menangkap ikan Temelian (probarbus jullieni) di semua sungai negeri Pahang semasa ‘musim tertutup’, selama tiga bulan yang bermula bulan ini.
Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Roslan Abu Hasan berkata, larangan berkenaan dikeluarkan berikutan musim ikan terbabit bertelur dan akan berada kawasan air cetek secara berpasangan, petik Harian Metro.
Baca Juga:
- SPRM Pahang Cadang Denda Pemilik Ceroboh Tanah Cameron Highlands Dinaikkan RM100,000

- Selepas Pahang, Dua Lagi Negeri Dikenal Pasti Jadi Tapak Pelancar Roket

- Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI Haram Di Pahang Ditebang

“Sifat ikan temelian akan ke kawasan lubuk dan air cetek untuk bertelur secara berpasangan memudahkan nelayan darat menangkapnya hanya menggunakan jaring hanyut.
“Kita memantau beberapa kawasan di Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai bagi memastikan tidak ada individu melakukan aktiviti menangkap ikan temelian selama tiga bulan.
“Kegiatan menangkap ikan temelian yang banyak terdapat di tiga sungai terbabit akan berleluasa setiap kali tiba musim bertelur, permintaan menggalakkan dengan harga antara RM50 hingga RM70 sekilogram merancakkan lagi aktiviti memburu ikan berkenaan,” kata beliau kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi, mengikut peraturan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Pahang, individu yang menangkap ikan temelian dalam tempoh larangan (Februari-April) boleh dikenakan kompaun hingga RM5,000 dan peralatan menangkap ikan mereka dirampas.