Vinicius Jr akhirnya tampil membuat kenyataan maaf selepas bertindak tidak profesional mempertikaikan taktikal pengurus yang mengeluarkannya pada aksi el clasico.
Dalam suasana emosi, Vini Jr mempersoalkan tindakan Xabi Alonso dan mengancam mahu meninggalkan kelab itu – ketika kontrak semasanya masih belum dilanjutkan.
Dalam keadaan tantrun, Vini berkata: “Kenapa sentiasa saya? Lebih baik saya keluar sahaja daripada kelab ini, senang.”
Dia terus masuk ke dalam terowong menuju bilik persalinan dan mencarut.
Xabi Alonso enggan mengulas insiden itu secara terbuka namun menyatakan dia akan bercakap secara peribadi dengan Vinicius.
Pengurusan tertinggi Real Madrid dilaporkan tidak akan campur tangan dalam perkara tersebut – dan menyerahkan sepenuhnya kepada Xabi Alonso, kerana Vinicius harus dilayan sama adil seperti pemain lain.
Selepas beberapa hari insiden itu, Vinicius Jr. mengeluarkan kenyataan: “Hari ini saya nak meminta maaf kepada Madridistas, kerana reaksi saya ketika clasico.
“Seperti yang telah saya lakukan secara peribadi semasa sesi latihan hari ini, saya juga ingin memohon maaf sekali lagi kepada rakan sepasukan, kelab, dan presiden.
“Kadang-kadang semangat saya menguasai diri kerana saya sentiasa mahu menang dan membantu pasukan saya.
“Sifat kompetitif saya lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap kelab ini dan segala yang diwakilinya.
“Saya berjanji akan terus berjuang setiap saat demi kebaikan Real Madrid, seperti yang telah saya lakukan sejak hari pertama.”
🚨 OFFICIAL: Vini Jr statement. 🤍🇧🇷
“Today I want to apologize to all the Madridistas for my reaction when I was substituted in the Clásico.
Just as I have already done in person during today's training, I also want to apologize again to my teammates, the club, and the… pic.twitter.com/S2c2w2cwVh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 29, 2025