Khairul Aming menitik air mata buat pertama kalinya, sejak menjadi pencipta konten masakan di media sosial.
Menurut Khairul Aming dia sudah 8 tahun menghasilkan konten berkaitan masakan.
Dan tahun ini paling menyentuh hatinya. Kerana ternyata konten masakan mampu menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.
Ini termasuk juga mereka yang daripada latar umur dan generasi berbeza.
Dalam video penutup untuk konten bulan ramadan 2025, Khairul Aming menyatakan konten video yang dihasilkannya menarik kira kira setengah billion tontonan merentasi pelbagai platform di media sosial.
Sekaligus terus mengukuhkan namanya sebagai influencer yang paling berpengaruh dalam bidang masakan.
Ianya juga secara rasmi menjadi kempen puasa paling berjaya dalam sejarah karier Khairul Aming atau KA.
Khairul Aming Umum 30 Hari 30 Resipi Kini ‘Upgrade’ Jadi 30 Hari 60 Resipi
Menitik air mata KA
Khairul Aming yang digelar cikgu oleh netizen yang menganggap sesi pembelajaran kali ini ibarat satu kelas besar. Dia menitik air mata melihat sambutan luar biasa netizen.
Dia berkata: “Sepanjang 8 tahun buat video masak, tahun ni yang buat aku menitik air mata.
“Video masak menyatukan semua orang, yang tua, yang muda, tak kira umur atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak.
“Dengan lebih daripada separuh billion views across all platforms, tahun ni officially menjadi tahun terbesar content puasa KA dalam sejarah.”
Sepanjang 8 tahun buat video masak, tahun ni yang buat aku menitik air mata. Video masak menyatukan semua orang, yang tua, yang muda, tak kira umur atau bangsa, semua masuk dapur untuk cuba memasak.
Dengan lebih daripada separuh billion views across all platforms, tahun ni… pic.twitter.com/dgeOm9JDwd
— Khairulaming (@khairulaming) March 30, 2025
Khairul Aming menambah: “Terima kasih beri KA peluang untuk meriahkan bulan puasa korang. Saya undur diri dahulu untuk berehat. Selamat hari raya guyss, maaf zahir dan batin.
Dan akhir sekali beliau sempat berseloroh seperti mana pensyarah di Universiti dengan berkata: “Tahun ini batch paling teruk,” ayat yang anda akan biasa dengar daripada guru atau pensyarah anda.