Sebut mengenai Madinah, pastinya orang ramai khususnya umat Islam di mana tempat suci tersebut menjadi destinasi utama buat orang ramai yang mahu mengerjakan ibadah.

Di sebalik tempat yang dipenuhi para ulama serta orang-orang yang beriman, masih terdapat segelintir indivdiu yang seolah mengambil kesempatan di atas kebaikan orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular sebuah perkongsian TikTok @fasrol44 yang menyaksikan seorang penjual jubah di Madinah ini mengambil duit ‘mangsa’ tanpa kebenaran.

Difahamkan modus operandi yang dilakukan pada mulanya adalah dengan menarik seolah memaksa orang memasuki kedainya untuk membeli baju dan kemudiannya mengambil wang tanpa kebenaran pembeli.

@fasrol44

HATI2 Yg mana ad dekat madinah tu, mesti ramai yg dh terkena Jaga2 jln dpn kedai ni,main tarik2 org pakse org sruh beli pastu ambik duit dkt tgn org,bila mntak pulangkan blk taknak,bila mntak pulangkn elok2 taknak bile dah rakam bru tau nk gelisah,macam ni org berniaga pom ad ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dkt pihak berwajib sebelum ramai lagi yg terkena. #madina #madinah

♬ original sound – hamba Allah – hamba Allah

Situasi menjadi lebih panas apabila penjual ini enggan memberi kembali wang perakam ini sehingga mendesak perakam ini merakam situasi yang berlaku sekaligus mendedahkan muka penjual ini bagi mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa.

Perakam ini turut menunjukkan kedai individu yang cuba merampas wang mangsa ini bagi mengelakkan lebih yang terkena.

Situasi yang dikongsikan di TikTok ini turut mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya terkejut tempat sebaik Madinah juga turut mempunyai individu yang mengambil kesempatan. Tidak kurang juga yang memaklumkan mereka antara yang menjadi mangsa dengan modus operandi yang dilakukan pihak penjual ini.

Sumber: TikTok @fasrol44
Sumber: TikTok @fasrol44

Diharapkan orang ramai khususnya mereka atau kenalan serta keluarga yang bakal mengerjakan Umrah dan Haji dapat mengambil maklum mengenai taktik yang dilakukan penjual tidak jujur ini agar mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.