Anda peminat minuman yang lain daripada yang lain? Mahukan satu kelainan untuk anak tekak anda yang haus? Kami ada solusi, apa yang anda perlu lakukan adalah menuju ke Kelantan dan bertandang ke gerai Dale Rok Kubang Kerian.
Di sini, anda akan dapat apa yang mahukan. Restoran yang bertapak di Kota Bharu ini bukan sahaja menyajikan makanan yang bertemakan Kelantan, tetapi, mereka juga menyediakan satu minuman ‘sihat’ berwarna hijau yang dinamakan ‘ketum float’.
Sebelum anda menuju ke sana dengan perasaan yang teruja, anda perlu faham bahawa Dale Rok bukanlah menyediakan air yang dibuat daripada daun ketum yang sebenarnya. Ia hanyalah nama panggilan untuk minuman tersebuh dan dijual pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM3.00.
Memetik Coconuts KL, ‘ketum float’ ini sebenarnya dibuat dengan daun teh hijau yang direndam dalam jangka masa yang lama untuk memberi ruang kepada rasa dan warna naik bagi memberi pengalaman yang luar biasa untuk para pengunjung.
Untuk rekod, ketum berasal dari duan pokok Mitragyna speciosa yang kebanyakannya terdapat di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Ketum mempunyai kesan sampingan yang serupa dengan candu dan kegunaannya dilarang di Malaysia di bawah Akta Racun, namun untuk menanam bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan masih dibenarkan.
Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
Ahli Parlimen Padang Besar Cadang Penanaman Ketum Bagi Bantu Ekonomi Penduduk
Bukan Untuk Tular, Guru Dedah Video ‘Bapa Saya Masak Ketum’ Hanya Dihantar Kepada Ibu