Seorang pengusaha durian jenis Black Thorn dari Pulau Pinang terkejut apabila menerima penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Kurniaan darjah kebesaran itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usahanya mempromosikan durian Black Thorn di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Beliau menerima anugerah itu secara rasmi di Dewan Sri Pinang, sempena sambutan ulang tahun ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Tauke Durian Black Thorn Dari Pulau Pinang Terkejut Dapat Gelaran 'Datuk'
Sumber Gambar: Facebook Soon Lip Chee

Datuk Leow Cheok Kiang yang tidak menjangkakan penganugerahan itu menyatakan rasa terkejut dan bersyukur.

“Saya tidak menjangkakannya. Saya cuma seorang petani kecil yang menanam durian Black Thorn dan apabila dihargai sebegini, ia satu penghormatan besar,” katanya.

Mula berniaga durian seawal usia 8 tahun
Tauke Durian Black Thorn Dari Pulau Pinang Terkejut Dapat Gelaran 'Datuk'
Sumber Gambar: DurianBB

Beliau yang kini berusia 65 tahun itu telah mula mengenali perniagaan buah itu seawal usia 8 tahun dengan tunjuk ajar ayahnya.

Kini beliau mempunyai beberapa ladang dan menjual lebih daripada sepuluh jenis termasuk Musang King, Udang Merah dan D14.

Leow Cheok Kiang akui bahawa Black Thorn kekal pilihan paling laris mendapat permintaan ramai.

“Black Thorn saya memang terkenal dengan rasa manis dan kualitinya. Walaupun tidak banyak promosi, pelanggan tetap datang melalui hebahan dari mulut ke mulut,” katanya.

Menurutnya, buah jenis itu sudah dipatenkan dan didaftarkan dengan nombor pengenalan yang diiktiraf.

Dalam masa sama beliau mahu Black Thorn terus menjadi tumpuan orang ramai.

“Mendapat gelaran Datuk itu satu penghormatan, tetapi saya mahu durian yang terus menjadi tumpuan,” katanya.

Cheok Kiang turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Pulau Pinang atas pengiktirafan yang diberikan serta kepada pelanggan setia yang terus menyokongnya selama ini.

“Ia satu perjalanan yang panjang, dan saya bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Saya hanya mahu semua orang menikmati durian yang sedap dan bergembira,” katanya.

Sumber