Ketika ini, bukan sahaja wanita yang menjaga kulit wajah mereka tetapi lelaki juga sudah mula menjaga kulit wajah. Bagi mendapatkan kesesuaian produk mengikut keperluan kulit wajah anda, apa kata anda membuat analisa kulit secara percuma.

‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’ kini dianjurkan di Sunway Pyramid dan anda dapat merasai pengalaman interaktif untuk mendapatkan kulit sihat serta cantik dimana pameran ini berlangsung dari sekarang hingga 31 Mac 2024.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Apa yang menarik di pameran ini?

Para pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan analisa kulit wajah secara percuma, tetapi anda juga boleh dapatkan konsultasi daripada doktor berkaitan kulit anda.

Selain itu, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan pasport dimana anda perlu kunjungi beberapa booth interaktif yang berbeza untuk mendapatkan cop setem. Lalu, anda boleh menebus kit sampel percuma yang bernilai RM109.

Dapatkan juga butiran dengan lebih mendalam tentang kulit melalui rundingan percuma dengan pakar dermatologi bertauliah dan berdaftar yang dibawa kepada anda oleh Eucerin, dengan kerjasama Klinik Pakar Dermatologi. Slot adalah terhad dan anda perlu menempah lebih awal, jadi pastikan anda tidak ketinggalan.

Tunggu apa lagi? Terjahlah ke Sunway Pyramid hari ini bagi merasai ‘Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation’, dan anda boleh datang pada 30 Mac (Sabtu) jam 2.30 petang untuk hadir ke sesi khas bersama ‘influencer’ kegemaran anda.