Kelab Arab Saudi, Al-Hilal telah memberikan tawaran mewah kepada kapten Manchester United iaitu Bruno Fernandes.
Kelab yang berpangkalan di Riyadh itu bersedia untuk meningkatkan empat kali ganda gaji Fernandes sebanyak £280,000 seminggu kepada £700,000 tanpa cukai.
Baca Juga:
- Info Siaran Langsung Manchester United vs ASEAN All Stars
- Perarakan Manchester United Depan Pavilion Bukit Bintang Meriah Disambut Ribuan Penyokong
- ‘Penentang’ Manchester United Anggap Aksi Menentang ASEAN All Stars ‘Pointless’
Ini sebagai sebahagian daripada pakej bernilai sehingga £200 juta dalam tempoh tiga tahun termasuk bonus.
Bruno Fernandes Hanya Ada 48 Jam Untuk Buat Keputusan
Wakil pemain berusia 30 tahun itu telah berbincang dengan Al-Hilal untuk beberapa lama dan kini telah membuat tawaran terakhir dan mengikatnya.
Bruno kini mengetuai pasukannya dalam jelajah pra musim ke Malaysia dan Hong Kong, mempunyai masa sehingga Khamis untuk menjawab.
Jika dia bersetuju, kelab itu bersedia untuk mengeluarkan dokumen mengenai kontrak bernilai sekitar £65 juta semusim dan membuat bidaan dalam lingkungan £100 juta.
Sumber United telah menyatakan bahawa kelab itu tidak mahu menjual pemain terbaik mereka.
Akan tetapi United berada di bawah tekanan kewangan yang besar selepas tewas kepada Tottenham pada aksi final Liga Europa.
