Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah menyatakan tayar lori tercabut punca lima sekeluarga antara tujuh terkorban dalam kemalangan lima kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.
Nahas itu membabitkan sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala selatan, sementara sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju arah utara, lapor Free Malaysia Today.
Baca Juga:
- Kakak Mangsa Langgar Lari Mercedes Terbakar Kongsi Apa Jadi Selepas Kemalangan
- ‘Balasan Orang Pemalas’ – Pemandu Nak Beli Takoyaki Tak Tarik ‘Handbrake’, Myvi Mengundur Kemalangan
- Selamba Buat ‘Live’ Di Lokasi Kemalangan, Dua Lelaki ‘Kejung’ Selepas Ditegur Polis
Menurutnya, tayar depan kanan lori Foton dipandu lelaki berusia 31 tahun itu tercabut dan berada di lorong tengah.
Beliau berkata, bas pelancong yang tiba di tempat kejadian terlanggar tayar itu menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
“Semasa terbabas ke lorong bertentangan, bas itu berlanggar sebuah treler dipandu lelaki berusia 27 tahun bersama kelindan berusia 16 tahun.
“Pelanggaran itu menyebabkan treler terbabas ke lorong kiri jalan dan melanggar penghadang jalan sebelum bertembung Perodua Bezza dan Toyota Estima,” katanya menurut Sinar Harian.
Akibatnya kemlaangan itu, pemandu dan empat penumpang MPV bersama pemandu bas serta seorang penumpang maut di tempat kejadian.
“Semua kenderaan terlibat ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Mohd Pisar Aziz berkata, mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan di lebuhraya PLUS itu membabitkan lima daripada lapan penumpang MPV terbabit iaitu dua wanita, dua lelaki dan seorang bayi manakala tiga penumpangnya tercedera.