Apabila berbicara tentang teh boba, pastinya kini ianya menjadi kegemaran sebahagian rakyat Malaysia. Kedai teh boba yang tumbuh bak cendawan pastinya memberikan anda pelbagai pilihan untuk menikmati teh boba.

Baru-baru ini, Tealive perkenalkan aiskrim teh boba yang pastinya akan memberikan sedikit kelainan. Jika sebelum ini anda hanya dapat menikmati minuman teh boba, kini anda dapat menikmatinya dalam bentuk aiskrim.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

softea2:vckt

Setelah diperkenalkan, kami telah mencuba sendiri aiskrim teh boba ini atau dikenali sebagai ‘bubble softea’ di cawangan Tealive The Curve. Apa yang boleh kami katakan mengenai rasa aiskrim ini, ianya ternyata memiliki rasa yang sama dengan minuman signature Tealive iaitu ‘Brown Sugar Pearl Milk Tea’ dan lebih manis.

Harga yang ditawarkan adalah RM5.90 dan anda boleh mendapatkan 50% penawaran diskaun selepas membeli aiskrim tersebut dengan menjawab kaji selidik secara atas talian dan menunjukkan kad yang anda miliki.

softea3:vckt

Akan tetapi, aiskrim edisi terhad ini hanya dijual di tiga cawangan Tealive iaitu di The Curve, Sri Petaling dan IOI City Mall sahaja. Jika anda ingin mencuba teh boba dalam bentuk aiskrim, ini masanya anda dapatkan sementara stok masih ada.