Pasaran telefon lipat berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Kini giliran sebuah syarikat telefon di China melancarkan telefon lipat pertamanya iaitu Tecno Phantom V Fold 5G buat pasaran Malaysia.

Telefon lipat ini sedia ditawarkan pada tanda harga rasmi RM5,399 tetapi hadir dengan harga promosi RM4,999 untuk tempoh terhad. Dengan promosi ini, ia menjadikannya telefon boleh lipat termurah di dalam pasaran tempatan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Tecno

Untuk spesifikasi peranti ini mempunyai skrin utama sejenis rata bersaiz 7.85-inci, sementara itu skrin sekunder melengkung pula sebesar 6.42-inci. Kedua-dua skrin ini dilengkapi panel AMOLED dan sokongan refresh rate 120Hz.

Kemudian dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 9000+, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB terbina. Ketahanan engsel dikatakan sehingga 200,000 lipatan kerana menggunakan teknologi Slide serta terdapat struktur snap terbalik dihasilkan sendiri.

Sumber Gambar: Tecno

Peranti juga dilengkapi dengan kemera utama 50MP, di samping kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 45W. Selain itu, Phantom V Fold dilengkapkan dengan cap jari pada butang kuasa berserta sambungan Bluetooth 5.2 dan NFC.

Sumber Gambar: Tecno

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mula pra-tempah menerusi stor rasmi Tecno di Shopee atau Lazada atau kedai fizikal Urban Republic. Anda masih sempat menikmati promosi harga diskaun RM4,999 sehingga hari ini yang mana layak menerima skuter elektrik secara percuma sementara stok tersedia.