Seorang ibu pelajar sekolah asrama kecewa apabila anak lelakinya tidak dapat menggerakkan badan akibat ditendang curi oleh rakan sekolah.
Memetik perkongsian Facebook, pelajar itu ditendang di kepala kerana hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
Baca Juga:
- Selamba Bermain Di Sungai Ketika Fenomena Kepala Air, Tindakan Remaja Ini Dikecam Netizen
- Tewas Sebelum Sampai Puncak, Wanita 84 Kilogram Ini Terpaksa Turun Secara Dukung Oleh Malim Gunung
- Baby Shima Tuntut Saman Fitnah, PU Syed Tidak Gentar Dan Anggap Ujian Cegah Kemungkaran
“Anak saya selaku ketua kelas menegur kawan sekelasnya, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi),” kata ibu pelajar berkenaan.
Menurut wanita itu lagi, kini anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki. Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.
“Mujur Allah S.W.T pelihara anak saya, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia saya. Syukur Allah pelihara,” kata ibu kepada pelajar malang itu.
Sehubungan insiden terbabit, laporan polis telah dibuat dan beliau memohon orang ramai mendoakan kesembuhan dan dijauhkan kemudaratan daripada anaknya.
Menerusi ruangan komen pada hantaran Facebook itu, netizen mahu pihak asrama dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap si pelaku supaya perkara yang sama tidak berlaku lagi pada masa hadapan.