Tesla Malaysia mengumumkan pelanggan yang membeli kenderaan Tesla boleh mendapatkan satu unit Tesla Wall Connector percuma bernilai RM2,880 di Malaysia, selagi tempahan dibuat sebelum 31 Oktober 2023 ini.

Pengecas itu akan dipasang di alamat pilihan yang dinyatakan dalam borang pesanan pelanggan dan pemasangan mesti disiapkan dalam tempoh 3 bulan selepas pelanggan menerima kereta EV tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pelanggan hanya perlu membayar kos pemasangan berharga RM2,200 termasuk kerja-kerja pemasangan standard dan peralatan standard.

Pada masa sama, Tesla Malaysia menawarkan dua jenis kabel; kabel elektrik standard (RM36 per meter) atau kabel berperisai (RM60 per meter).

Sementara itu, Tesla Wall Connector di bawah program promosi ini akan disertakan dengan jaminan 12 bulan oleh Tesla, dan Pemasang Rasmi Tesla akan memberikan jaminan 12 bulan untuk kerja-kerja pemasangan.

Sekiranya pemilik Tesla memerlukan lagi pengecas tambahan, pelanggan boleh dapatkan dua unit pengecas tambahan melalui Tesla Store dengan menyediakan nombor VIN kereta EV masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, boleh berjumpa Penasihat Tesla di Pavilion Kuala Lumpur atau hubungi nombor talian rasmi Tesla MY di 1-800-810-656.