Proton menyerahkan model Proton X90 yang ditempah khas oleh Yang Amat Mulia Tengku Laksama Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Menerusi satu video dimuat naik media sosial Proton, kereta tersebut diserahkan di ibu pejabat Proton sendiri.
Baca Juga:
- Gambaran Awal Model Proton Saga MC3
- Pelanggan Luar Negara Kongsi Sebab Pilih Proton X50 Berbanding Jenama Terkenal Lain
- Lelaki UK Ini Sertai Perlumbaan Naik Bukit Guna Proton Saga
Rekaan Proton X90 diinspirasikan daripada Rolls-Royce
Menurut Baginda, rekaan keretanya itu diinspirasikan daripada jenama kereta mewah Rolls-Royce.
Jadi kereta istimewa itu berwarna dua tona, coklat dan kelabu untuk bahagian luaran, serta merah dan putih untuk bahagian dalam.


Kerusinya disalut material kulit, steering pula mempunyai kemasan kayu walnut.

Kereta tersebut turut memiliki ornamen bentuk logo Proton di atas hud hadapan. Pada ornamen itu tertulis ‘Proton X90 Special Edition’.

Di belakang tempat duduk hadapan terdapat meja dulang, serta pemegang cawan boleh lipat.
Proton dipuji beri perkhidmatan yang pantas

Baginda turut memuji hasil kerja tangan warga tempatan dan perkhidmatan pantas yang disediakan oleh Proton.
“Beta suka PROTON ada perkhidmatan servis yang pantas yang tidak mengambil masa terlalu lama supaya beta boleh meluangkan masa lebih masa memandu kereta daripada ia terletak di pusat servis.
“Jadi ini adalah suatu pengalaman yang bagus dan patut diteruskan,” puji Baginda.
Dalam pada itu, Tengku Sulaiman Shah turut berkenan untuk membawa tiga lagi kereta Proton yang ditempah khas sebelum ini semasa penerimaan kereta baharunya itu.
Kereta-kereta tersebut adalah Proton Perdana, X70 dan X50.