Kejohanan Terbuka China 2025 akan bermula pagi esok dengan Malaysia menghantar 15 orang wakil untuk memburu kejuaraan.
Terbuka China yang bakal diadakan di Changzou Olympic Sports Centre itu merupakan kejohanan berstatus Super 1000 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka China 2025

- Sze Fei-Nur Izzudin Lakar Sejarah, Muncul Juara Terbuka China 2024

- Terbuka China 2024: Soon Huat-Shevon Raih Naib Juara, Akur Kehebatan Yan Zhe-Dong Ping

Ia merupakan kejohanan keempat berstatus Super 1000 dalam kalendar BWF selepas Terbuka Malaysia pada Januari dan All England, Mac dan Terbuka Indonesia yang berlangsung awal Jun lalu.
Seperti biasa dengan status tersebut, Terbuka China 2025 pastinya menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.
Malah, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan Terbuka China akan mendapat ‘saguhati’.

Hadiah Keseluruhan Terbuka China 2025
$2,000,000 (RM8,479,266.72)
Tewas di pusingan pertama
Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $2,000 (kira-kira RM8,479.17) bagi semua acara dipertandingkan.
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $6,000 (RM25,437.51).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $6,500 (RM27,559.19).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $11,000 (RM46,638.64) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $12,500 (RM52,996.99).

Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $28,000 (RM118,713.26).
Naib Juara
Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $68,000 (RM288,309.61).
Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $70,000 (RM296,789.31).
Juara
Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $140,000 (RM593,548.88) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $148,000 (RM627,465.96).
- * 20% cukai tempatan dikenakan