Saingan Terbuka Thailand 2026 sudah membuka tirainya pagi tadi apabila dibuka dengan pusingan kelayakan dan seterusnya disusuli pusingan pertama.

Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) itu akan berlangsung di Nimibutr Stadium, Bangkok hingga 16 Mei nanti.

Walaupun hadiah serta jumlah mata ranking ditawarkan tidak begitu lumayan seperti kejohanan Super 1000 dan 750 yang berlangsung sebelum ini, ia tidak menghalang penyertaan bintang-bintang ternama dunia seperti Shi Yu Qi, Kunlavut Vitidsarn, Anders Antonsen dan ramai lagi.

Wang tunai yang bakal dibawa pulang oleh para pemain juga seperti kebiasaan tidak menghampakan.

Ini merupakan senarai lengkap hadiah yang tunai bakal dibawa pulang oleh para pemain dalam Terbuka Thailand 2026:

Hadiah Keseluruhan Terbuka Thailand 2026

$500,000 (RM1,966,018.39)

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,750 (RM6,881.11)

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,875 (RM7,372.62).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $3,000 (RM11,795.52) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,625 (RM14,252.92)

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita akan menerima wang tunai bernilai $7,250 (RM28,504.27)

Manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula akan membawa pulang $7,000 (RM27,522.42)

Naib Juara

Naib juara bagi kesemua acara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $19,000 (RM74,703.3).

Juara

Juara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang $37,500 (RM147,449.01) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $39,500 (RM155,312.96).

*Nilai mengikut kadar tukaran semasa. Cukai Pendapatan Thailand sebanyak 5% mungkin akan ditolak daripada wang hadiah mengikut peraturan Lembaga Hasil Thailand.