Naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC dilaporkan berminat untuk mendapatkan ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josué bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2024.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran dimana TFC dilihat mahu memanfaatkan krisis kewangan yang dihadapi skuad ibu kota bagi mendapatkan Josue.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Avineshwaran, pemain naturalisasi negara itu berhasrat untuk kekal beraksi bersama skuad The City Boys bagi saingan musim hadapan.

Namun, segalanya masih terlalu awal dan sekiranya skuad kendalian Tomislav Steinbrückner mampu untuk memberikan tawaran yang lebih baik, tidak mustahil Paulo Josue bersetuju untuk beraksi bersama kelab Pantai Timur itu.

Sebelum ini, Terengganu semakin hampir untuk mendapatkan bekas penyerang Kelantan United, Ismahil Akinade dimana beliau akan menjadi backup kepada penyerang import sedia ada iaitu Ivan Mamut.

Untuk saingan musim 2024, Terengganu mengambil langkah untuk mengurangkan jumlah pemain import dimana jumlah pemain yang diambil mungkin akan dikurangkan daripada sembilan kepada lima orang sebagai langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kelab.

“Kita akan kurangkan beban untuk penjimatan. Kita jangka akan guna lima sahaja (pemain import) bergantung kepada pandangan jurulatih dan bajet,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu.

Tambah Hishamuddin, pasukannya tidak akan melakukan rombakan besar-besaran kerana mereka percaya pasukan sudah mempunyai asas yang kukuh dan meneruskan kerja yang dilakukan tahun ini ke tahun hadapan.

Musim baharu Liga Malaysia 2024/2025 akan bermula pada 3-5 Mei 2024 sehingga April 2025 berikutan langkah penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) menyelaraskan musim domestik dengan kalendar baharu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).