Terengganu FC menjalin kerjasama dengan jenama sukan terkemuka dari Indonesia iaitu Mills.

Menerusi pengumuman yang dikeluarkan oleh Terengganu FC, Mills akan membekalkan barangan berupa kasut kepada pemain dan juga pegawai kelab.

Baca Juga:

Terengganu FC x Mills

Mills merupakan sebuah syarikat barangan sukan yang ditubuhkan pada 2018 dimana mereka boleh membekalkan jersi, kasut serta barangan sukan lain.

Terengganu FC

Syarikat itu mendapat pengiktirafan kerana menjadi penaja pakaian rasmi untuk skuad kebangsaan Indonesia pada 2020, satu langkah inovatif untuk jenama tempatan.

Mereka juga menaja beberapa kelab-kelab di luar Indonesia, terutamanya kelab Liga Dua Inggeris iaitu Tranmere Rovers.

Terengganu FC
Tranmere Rovers

Selain itu, Mills juga menaja beberapa kelab bola sepak dan bola keranjang Indonesia, termasuk pasukan dalam Liga 1 dan Liga 2 seperti Bali United dan Bhayangkara FC.