Meminati selebriti sehingga mengumpul koleksi merchandise seperti poster dan banyak lagi serta menghadiri konsert itu perkara biasa bagi remaja yang sedang sedang meningkat dewasa. Setiap orang akan melalui fasa tersebut dan amatlah bertuah jika minat itu disokong oleh ahli keluarga.
Terbaharu, pengguna TikTok @cikatienn telah berkongsi sebuah video memaparkan anak perempuannya yang tergamam dan sedih apabila koleksi ‘Kpop merchandise’ miliknya dibakar oleh ayahnya tanpa bertanya kepadanya.
Baca Juga:
- Industri Muzik K-Pop Buatkan Peminat Tegar Sanggup Berbelanja Beribu Ringgit Demi Beri Sokongan?
- Kecewa Penginapan Dibatalkan ‘Last Minute’, Netizen Bantu Wanita Teraniaya Serang Pihak Resort Di Google Review
- Pelakon Lelaki Mesra Berpelukan Dengan Wanita Di Kelab Malam, Lelaki Tular Video Kecewa Kekasih Curang
https://www.tiktok.com/@cikatienn/video/7146386491919453466?_r=1&_t=8Vw7eYAbBwI&is_from_webapp=v1&item_id=7146386491919453466
Menerusi video tersebut, dapat dilihat remaja itu remuk hatinya dan sedih apabila koleksi kesayangannya dibakar kerana ia dibeli dengan hasil tabungan, hadiah daripada rakan dan juga hasil tangannya sendiri. Video itu dirakam oleh ibu remaja itu yang dikatakan tidak menyokong dengan tindakan suaminya itu yang membakar tanpa bertanya terlebih dahulu.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan ramai orang di media sosial dan menjadi topik hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib remaja perempuan itu dan sewajarnya bapa kepada remaja tersebut tidak membakar koleksi ‘Kpop merchandise’ tanpa bertanya terlebih dahulu.
https://twitter.com/PakcikBertwit/status/1573222749807706112
Video budak kutip barang-barang K-pop dia dibakar dek bapak dia tu, pastu mak dia pulak rekod reaction dia…
That's abuse. From burning her stuff without permission… to recording her reaction and posting it. All of it is abuse.
— neddo khan (@neddokhan) September 23, 2022
I totally can relate to this. My comic book collections (complete Dragon Balls, Dragon Quest & few others) were burned to dust. It took me years of not eating during recess etc to have them. All gone in a day, just because my parents believe they know best. https://t.co/ZjQqTXAuQR
— Akem Aiman (@AkemAiman) September 23, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa jika tidak dapat menyokong minat anak, tidak perlu sehingga tergamak membakar barang kesayangan anak tanpa memikirkan perasaan anak. Malah, tindakan bapa remaja tersebut dilihat akan mempengaruhi emosi anak dan membuatkan mereka hilang percaya pada keluarga.
Rata-rata netizen juga mengatakan tidak akan terkejut jika selepas ini remaja itu lebih memilih memendam daripada perlu berkongsi suka duka bersama keluarga kerana bimbang perbuatan mereka tidak diterima keluarga. Bahkan, ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama dan ia meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka.