Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pastinya ramai yang sudah tidak boleh duduk diam di rumah kerana kebosanan. Sebenarnya banyak perkara yang anda boleh lakukan di rumah.
Bagi Nabila Huda atau turut dikenali sebagai Abil memilih untuk mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran pemberian oleh ayah dan ibu tirinya. Malah, Nabila Huda turut mengajak para peminatnya untuk membaca Al-Quran daripada tidak membuat apa-apa di rumah sepanjang tempoh PKP.
Tambahnya lagi, walaupun bacaan beliau tidak begitu lancar kerana sudah lama tidak mengaji, tetapi dia percaya mampu perbaiki bacaannya. Sebelum ini, beliau belajar mengaji dengan neneknya ketika kecil dan berjaya khatam sebanyak 3 kali.
Lantaran itu, Nabila Huda mengajak peminatnya untuk baca Al-Quran setiap hari satu muka surat, mana tahu boleh khatam Al-Quran. Pastinya ini satu usaha dan aktiviti yang baik dan bermanfaat anda boleh lakukan di rumah.
Selain itu, anda mungkin boleh lakukan aktiviti-aktiviti lain di rumah. Ketahui aktiviti bermanfaat yang anda boleh lakukan pada pautan di bawah ini.
6 Aktiviti Bermanfaat Anda Boleh Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Dalgona Coffee Jadi Kegilaan Netizen, Ini 5 Resipi Dalgona Lain Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah
Tealive Tampil Jual Set DIY Minuman ‘Bubble Tea’ Berharga RM150