BDS Malaysia menerusi satu kenyataan rasmi telah memaklumkan bahawa pihak BDS Malaysia dan McD akan mengadakan sesi mediasi pada jam 9:30 pagi (18 Mac) di Mahkamah Shah Alam.

Menerusi kenyataan sama, BDS Malaysia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peguam mereka, Datuk M Reza Hassan dari Tetuan Raja Riza dan Rakan-rakan Bersekutu yang telah sudi memberikan khidmat guaman kepada mereka dalam kes ini secara pro-bono (percuma).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Malaysiakini

Mereka berbuat sedemikian atas dasar semangat persaudaraan dengan rakyat Palestin yang ketika ini tanpa henti ditindas oleh rejim Zionis Israel.

“BDS Malaysia juga berterima kasih kepada McD kerana saman mereka terhadap kami telah membantu menjadikan BDS Malaysia terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

“Sekaligus membantu menghebahkan kempen kami untuk memboikot Israel dan syarikat yang dikaitkan dengan Israel.

“Kempen boikot terhadap Israel dan pertubuhan yang bersekongkol dengannya adalah kritikal kerana ini adalah cara yang berkesan untuk menghentikan kezaliman Israel yang telah mencapai tahap melampau.

“Sejak 7 Oktober 2023, lebih 31,000 rakyat Palestin termasuklah wanita dan kanak-kanak telah dibunuh oleh tentera Israel,” tegas BDS Malaysia.

Lebih terperinci, BDS Malaysia berkata bahawa pihak mereka sedar rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengambil tindakan untuk memboikot McD kerana McD di Israel telah memberi makanan percuma kepada askar Israel.

“Susulan itu, gerakan BDS Antarabangsa & Malaysia memutuskan untuk menyokong tindakan rakyat yang mengecam tindakan McD Israel.

Bukan itu sahaja, kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa tuntutan McD terhadap BDS Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia dan pengguna di seluruh dunia semakin marah terhadap McD.

Dalam masa yang sama, BDS Malaysia menyeru semua penyokong perjuangan Palestin hadir ke kompleks mahkamah di Shah Alam pada jam 9.15 pagi (18 Mac) bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen BDS Malaysia memboikot Israel dan pertubuhan menyokong kekejaman Israel, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sumber