Tidak lama lagi Aidilfitri bakal tiba dan kini banyak baju raya sudah boleh didapati di pasaran serta banyak jenama terkemuka yang menjadi pilihan ramai.
Sebelum ini, set baju Melayu yang dijual oleh Rizman Ruzaini telah dikritik oleh segelintir netizen kerana berharga RM1,499 sepasang.
Baca Juga:
- Sangkal Dakwaan Netizen Tidak Terima ‘Review’ Jujur Jason, Jofliam Hanya Kecewa Rasa Dipergunakan
- Pernah Gayakan Gaun Rizman Ruzaini Sebelum Natasha Hudson, Pavitra Minta Bahunya Ditutup
- Rizman Ruzaini Jelaskan Baju Digayakan Natasha Hudson Bukan Direka Untuk Wanita Berhijab
Susulan tersebut, Rizman tampil memberi respon berhubung sindiran terhadap harga set baju Melayu dijualnya. Menerusi laporan, Rizman mengatakan bahawa meskipun penjualan baju itu dikecam berikutan harganya yang mahal, namun ia tetap laku kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Untuk pengetahuan anda, baju Melayu yang dimodelkan oleh penyanyi Hael Husaini dilaporkan telah ‘sold out’ setelah ia dipasarkan dalam tempoh kurang dua minggu.
Malah, baju Melayu RR edisi ‘luxe’ ini dijual dalam kadar yang eksklusif iaitu sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.