Mimpi jadi kenyataan, itulah yang diungkapkan oleh pereka Rizman Ruzaini apabila rekaan busana jenama tersebut telah digayakan oleh seorang supermodel terkenal, Naomi Campbell dalam Minggu Fesyen Dubai.
Menerusi laporan, penampilan Naomi Campbell yang mengggayakan rekaan pereka tanahair telah membuatkan nama produk terkemuka Malaysia itu semakin dikenali ramai di persada dunia.
Baca Juga:
- Terima Kritikan Jual Baju Melayu Berharga RM1,499, Ini Respons Rizman Ruzaini
- Gelaran ‘Bride Of The Year’ Mungkin Milik Fasha Sandha Kerana Gaun Rizman Ruzaini Ini?
- Pernah Gayakan Gaun Rizman Ruzaini Sebelum Natasha Hudson, Pavitra Minta Bahunya Ditutup
Dapat dilihat, Naomi memperagakan gaun berwarna hitam yang dihiasi kristal dan dipadankan bersama dengan jaket bolero. Difahamkan, rekaan tersebut diilhamkan oleh cerita lagenda rakyat, Naga Seri Gumum iaitu seekor naga yang tinggal jauh di bawah Tasik Chini di Negeri Pahang.
Pengasas jenama itu iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil juga membuat penampilan sulung dalam persembahan acara fesyen tersebut. Pastinya, ia adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan buat jenama tempatan.