Seorang bapa di Singapura mendedahkan anaknya telah menghabiskan wang lebih RM3000 selepas terjebat dengan pusat urut.

Menurut perkongsian Lianhe Zaobao, Pengurus gudang berusia 40 tahun berkata, anaknya yang berusia 16 tahun menerima permintaan rakan di aplikasi WeChat.

Baca Juga:

Dia mendakwa anaknya menerima permintaan itu, yang membawa kepada perbualan di mana kenalan itu memperknalkan diri sebagai tukang urut yang menawarkan perkhidmatan “happy ending” di kedai berhampiran.

Pusat Urut

Sekali Cuba, Terus Terjebak Dengan Pusat Urut

“Anak saya sudah baligh dan tidak dapat menahan godaan. Dia melawat pusat urut itu pada hari itu dan terus ketagih,” katanya.

Si anak telah menghabiskan sebanyak SGD500 (kira-kira RM1,663) daripada elaun bulanannya, malah telah menggunakan wang angpow yang diperoleh ketika Tahun Baru Cina.

Pusat Urut
Sumber Gambar: ozeesalon.com

Si bapa menjadi curiga apabila anaknya meminta wang saku tambahan, menyebabkan dia mempersoalkan bagaimana wang itu dibelanjakan.

Dia mendakwa anaknya pada mulanya menafikan, tetapi selepas dia dan isterinya memeriksa telefonnya, mereka terkejut apabila mendapati perbualan tidak senonoh dengan tukang urut.

Polis tempatan mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.