Elephant Trunk Rock, tarikan terkenal di Taiwan kini dilaporkan sudah runtuh ke dalam laut pada 15 Disember 2023 yang lalu menurut Pejabat Daerah Ruifang New Taipei.

Untuk pengetahuan anda, batu itu mendapat namanya disebabkan bentuknya yang menyerupai belalai gajah dan sejak tahun 2010, kawasan itu tidak boleh dilawati pengunjung kerana mengalami risiko penghakisan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan, seorang profesor di Jabatan Geosains di Universiti Nasional Taiwan, Shen Chuan-chou mengatakan bahawa keruntuhan itu merupakan sesuatu yang amat natural untuk berlaku.

Batu itu terdedah kepada air laut dan angin dan ia juga mempunyai lengkungan yang nipis yang memudahkan ia untuk terhakis.

Untuk rekod, Elephant Trunk Rock ini terletak di sebidang tanah yang dipanggil Shen’ao, kira-kira 10 kilometer daripada kawasan pelancongan popular di Jiufen, Taiwan.